Aisya Ismail: resepi cik salmah
Showing posts with label resepi cik salmah. Show all posts
Showing posts with label resepi cik salmah. Show all posts

Friday 25 August 2023

Daun Kesum: Resepi Laksa Yang Pasti Sedap Menggunakan Daun Kesum

August 25, 2023 3
Daun Kesum: Resepi Laksa Yang Pasti Sedap Menggunakan Daun Kesum
Dalam banyak-banyak laksa, laksa yang paling sedap pada Ai adalah laksa yang dimasak menggunakan daun kesum. Bukan setakat rasa yang memikat, baunya pun harum. Sumpah sedap. 

Minggu lepas Ai balik ke rumah Mak Baba. Macam biasalah masalah orang-orang perempuan ni, 'nak masak apa'. Mak Ai cadangkan untuk masak laksa. Ai ok je, cuma belum ada pengalaman masak laksa. Sepantas kilat Mak Ai turunkan resepi yang pasti sedap. 

Korang kena cuba resepi laksa menggunakan daun kesum ni sebab kesedapannya tiada tandingan. Gittuwww hehehe! Jangan tanya ni laksa apa, Ai tahu masak dan makan sahaja. Tapi mungkin laksa Penang.


Daun Kesum

Bahan-bahan 

Untuk rebusan

1. 1 paket laksa
2. 5 ekor ikan kembung 
3. Air secukupnya
4. 3 biji telur

Untuk kisar

1. 1 senduk cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut selera)
2. 3 biji bawang besar
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 batang serai (kalau kurus guna 2 batang)
5. 1 inci halia

Untuk kuah

1. Air rebusan ikan
2. 5 keping asam keping
3. 1 ikat daun kesum
4. 2 batang bunga kantan
5. Garam sekukupnya
6. Serbuk perasa jika perlu

Untuk hiris

1. 1 biji bawang besar
2. Setengah biji timun
3. 2 batang kacang panjang
4. 3 biji limau kasturi
5. Taugeh
6. Daun salad

Cara masak laksa menggunakan daun kesum


Daun kesum

1. Mula-mula rebus ikan kembung dalam periuk atau kuali. Air jangan banyak sangat, cukup untuk tenggelamkan ikan sahaja.
2. Setelah ikan masak, asingkan isi dari tulangnya. Kisar ikan hingga lumat menggunakan air rebusan tadi. Tulangnya buang ke dalam tong sampah atau buat lah apa korang nak buat. Jangan tak buat apa-apa je.
3. Kisar bahan  kisar kemudian masukkan ke dalam periuk bersama isi ikan yang telah dikisar dan baki air rebusan tadi serta asam keping. Jika terlalu pekat, tambah air mengikut kepekatan kuah yang korang suka.
4. Hiris bunga kantan mengikut ketebalan yang korang nak. Batang dia Ai tak ambil. Masukkan ke dalam periuk. Jangan lupa daun kesum. Itu paling utama tau. Masukkan daunnya sahaja. 
5. Setelah mendidih, masukkan garam secukupnya bersama serbuk perasa jika nak. Kalau tak nak tak perlu letak.
6. Rebus laksa dan telur. Kemudian hiris bahan-bahan untuk dihiris tadi dan susun cantik ke dalam pinggan.
7. Siap laksa yang pasti sedap menggunakan daun kesum!

Kuantiti bahan mengikut selera

Sebenarnya kuantiti bahan ikut juga selera korang. Ada orang suka ikan lebih, ada orang suka masam, ada orang suka kuah banyak, ada orang suka masin dan ada orang suka hirup kuah sahaja. Kuantiti bahan yang Ai senaraikan ni ikut kesedapan tekak Ai dan Ai pasti korang pun akan rasa sedap juga. Ditambah dengan rasa dan aroma daun kesum tu, confirm licin!

Daun kesum boleh dimakan


Daun kesum

Ini ada juga orang yang tak tahu tau, daun kesum boleh dimakan. Ianya diletakkan dalam makanan bukan hanya untuk rasa, bau atau sekadar hiasan, tapi boleh dimakan. Jangan risau, sedap. 

Dulu pun Ai tak makan, sebab Ai tak nak cuba. Bila dah rasa, sedap rupanya. Tapi bergantung kepada cara masakan. Tak sedap lauk tu, maka daun kesum otomatik jadi tak sedap pada tekak Ai yang sedikit manja ni.

Kegunaan daun kesum

Umum tahu bahawa daun kesum sering digunakan di dalam masakan. Ia juga boleh dimakan mentah sebagai ulam atau menjadi penyedap masakan seperti laksa, nasi kerabu, asam pedas dan tom yam. 

Minyak kesum pun ada tau, digunakan sebagai aromaterapi dan untuk merawat kelemumur. Lepas ni tak payah beli syampu kelemumur dah, guna daun kesum je. Murah pun murah, hehehe! 

Dalam perubatan tradisional pula, daun kesum digunakan dalam tonik selepas bersalin dan untuk rawatan penghadaman. Kalau untuk demam campak tu bukan daun kesum tau, tapi daun bambu.

Khasiat daun kesum

Daun kesum merupakan salah satu herba yang memiliki pelbagai manfaat dan kegunaan. Dari kajian farmakologi menunjukkan daun kesum mempunyai khasiat seperti berikut.

1. Anti-oksidan
2. Pengoksidaan LDL
3. Anti-radang dan anti-mikrob
4. Meningkatkan penghadapan dan anti-ulser
5. Membantu sistem imuniti badan
6. Mengelakkan kerosakkan makanan

Daun kesum juga telah dijalani kajian klinikal dan mendapati:

1. Membantu daya ingatan
2. Melegakan tekanan mental
3. Meningkatkan daya tumpuan
4. Pengaktifan otak


Kesimpulannya


Daun kesum

Daun kesum adalah tumbuhan yang memiliki pelbagai fungsi dalam pemakanan. Dalam dunia moden yang semakin mengalami perubahan, penggunaan daun kesum tak pernah menurun. Siap ada buku mengenai daun kesum iaitu 'The Wonders of Kesum'. Beli lah kalau korang nak baca tentang daun kesum dengan lebih mendalam.

Ai dah mula terfikir nak buat projek tanam daun kesum secara besar-besaran ni. Manalah tahu daun kesum jadi tanaman yang mahal harganya satu hari nanti, kaya lah Ai! Hehehe! Berangan kan tak salah. Jangan lupa cuba resepi ni tau. Pasti memenuhi selera korang. Insya-Allah.

Baca juga: Cafe Markisar

Tuesday 1 August 2023

Resipi Ayam Kicap - Cara Paling Mudah Masak Ayam Kicap Pedas

August 01, 2023 13
Resipi Ayam Kicap - Cara Paling Mudah Masak Ayam Kicap Pedas
Rasanya dah lama ai tak kongsikan resipi dekat blog ni. Jadi, hari ini ai nak kongsikan satu resipi ringkas. Sesuai sangat resipi ayam kicap pedas ni untuk korang yang malas nak masak masakan yang leceh. Sedap dan mudah.

Resipi Ayam Kicap


Bahan-bahan

1. 1/2 ekor ayam
2. 1 sudu teh kunyit
3. Garam secukup rasa
4. Minyak masak
5. 1 biji bawang besar
6. 1 ulas bawang putih
7. 1 atau 2 sudu makan cili kisar
8. 1 sudu makan sos tiram
9. Kicap masin secukup rasa
10. Air asam


Cara-cara

1. Gaulkan ayam bersama kunyit dan garam kemudian gorengkan di dalam minyak yang panas sehingga separuh masak. Api jangan terlalu kuat.
2. Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Minyak jangan banyak.
3. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing kemudian masukkan sos tiram dan goreng sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sehingga sebati.
5. Masukkan air asam dan kicap kemudian gaulkan rata dan tunggu sehingga mendidih.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau korang tak suka kuah yang banyak, korang biar lama sikit sehingga kuah itu pekat. Selamat mencuba!

Baca juga: Biji ketumbar

Sunday 21 November 2021

Resipi Mudah: Asam Pedas Daging Yang Pasti Sedap

November 21, 2021 23
Resipi Mudah: Asam Pedas Daging Yang Pasti Sedap

  Assalamualaikum and hye readers.




Resipi mudah Asam Pedas Daging yang pasti sedap | Ramai yang ke Melaka untuk mencari asam pedas yang sedap. Tapi bagi Ai pula, asam pedas yang sedap adalah asam pedas yang dimasak sendiri di rumah. Hehehe! Benda boleh jimat buat apa nak beli kan. Selama Ai masak asam pedas ni, dalam 10 kali masak belum tentu semua 10 kali tu sedap. Lain-lain rasa. Kejap jadi kejap tak jadi.


Apa yang Ai perasan, faktor kesedapan masak asam pedas adalah bergantung pada jenis cili, jenis belacan, kepekatan kuah dan kemasaman asam yang digunakan. Ni teori dari pengalaman Ai je tau. Kalau orang yang hebat memasak, bagi bahan apa pun menjadi sedapnya. Macam mak Ai. Aduh! Rindunya masakan mak.


https://www.aisyaismail.com/2021/11/resipi-mudah-asam-pedas-daging-sedap.html


Bahan-bahan


1. 1kg daging
2. 3 senduk cili kisar
3. 1/2 tapak tangan asam jawa dibancuh dengan air
4. 1 batang serai ditumbuk kasar. Kalau kecil letak 2.
5. 1 inci lengkuas ditumbuk kasar
6. 2 inci halia ditumbuk kasar
7. 5 helai daun limau purut dikoyak
8. 1/2 sudu teh serbuk kunyit
9. Garam secukup rasa
10. Bahan perasa (tak letak pun tak apa)
11. 2 senduk minyak masak
12. Air secukupnya


Cara-cara


1. Goreng cili kisar di dalam minyak panas sehingga garing. Jangan sampai hangus ya.
2. Apabila dah hampir garing, masukkan serai, lengkuas dan halia.
3. Setelah cili garing, masukkan bancuhan air asam jawa. Air masukkan lebih untuk bagi daging empuk.
4. Apabila mendidih, masukkan serbuk kunyit dan kemudian daging beserta daun limau purut. Tunggu sehingga daging empuk. Kacau-kacau daging supaya rata. Jangan bagi air kering. Jika air berkurang sebelum daging empuk, tambah air lagi. 
5. Setelah daging empuk, masukkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan tunggu sehingga kuah pekat.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Air asam tu ikut tekak masing-masing. Jika suka masam, lebihkan asam jawa.




aisyaismail

Friday 27 August 2021

Resipi Mudah : Ayam Bakar Madu Air Fryer

August 27, 2021 14
Resipi Mudah : Ayam Bakar Madu Air Fryer

  Assalamualaikum and hye readers.




Resipi mudah : Ayam Bakar Madu Air Fryer | Kalau lalu di gerai Ayam Bakar Madu di tepi jalan atau di pasar malam, mesti menusuk-nusuk bau sedap masuk ke dalam rongga hidung. Lepas tu terbeli! Beli pula sekurang-kurangnya 3 ketul. Kalau dapat yang sedap, esok beli lagi dan lagi sampai muak. Asyik beli je, apa kata cuba buat sendiri pula. Kalau sedap, boleh lah buat selalu. 


Sebenarnya ini percubaan kedua Ai masak Ayam Bakar Madu menggunakan air fryer. Kali pertama dulu tak menjadi. Ayam jadi terlalu kering dan rentung sangat. Terus tak nak buat dah. Tapi, tiba-tiba mak mertua Ai minta untuk masak Ayam Bakar Madu. Ok, kita cuba lagi sekali. Alhamdulillah menjadi kali ini. Lagi sedap kalau guna kepak ayam, tapi Ai guna semua bahagian ayam. Pastikan masak awal tau, sebab ayam perlu diperap.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/resipi-mudah-ayam-bakar-madu-air-fryer.html


Bahan-bahan

Ayam bakar madu

1. 1 ekor ayam 
2. 1 labu bawang putih
3. 2-3 inci halia
4. 3 sudu marjerin
5. 1 kiub pati ayam
6. 3-4 sudu makan madu
7. 2 sudu makan gula perang
8. 4 sudu makan serbuk cili 
9. 2 sudu makan sos tiram
10. 1 sudu teh garam
12. 1 sudu teh serbuk lada hitam
13. 1/2 sudu teh pewarna merah / pink
14. Air secukupnya

Sos ayam


1. Baki bahan perapan ayam
2. 1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
3. Kicap lemak manis secukup rasa
4. Gula perang dan garam secukupnya


Cara-cara

1. Rebus ayam dalam 10 minit kemudian toskan.
2. Kisar bawang putih, halia dan kiub pati ayam sehingga lumat.
3. Cairkan marjerin di dalam kuali.
4. Campurkan ayam bersama bahan kisar, marjerin cair, madu, gula perang, serbuk cili, sos tiram, garam, serbuk blackpaper dan pewarna ke dalam bekas untuk perapan. 
5. Kacau sehingga bahan perapan dan ayam sebati. Pastikan ayam dah tak panas ya supaya tidak hancur.
6. Perap sekurang-kurangnya 1 jam  atau lebih. Nak lagi sedap perap semalaman.
7. Bakar di dalam air fryer selama 10 minit dengan suhu 180 darjah celsius. Kalau suka ayam yang ada hitam-hitam hangus tu, tambah kan masa lama sedikit.
8. Masukkan baki air perapan ke dalam kuali bersama tepung jagung, kicap lemak manis, gula perang dan garam.
9. Buka api perlahan dan kacau bahan sehingga sebati. Pastikan sentiasa kacau kuah sos supaya tidak berketul.
10. Siap untuk dihidang.


P/s : Gula dan madu boleh tambah dan kurangkan mengikut selera masing-masing suka manis tahap yang macam mana.




aisyaismail

Thursday 5 August 2021

Resipi Mudah : Ayam Kam Heong Rasa Macam Beli Di Kedai

August 05, 2021 18
Resipi Mudah : Ayam Kam Heong Rasa Macam Beli Di Kedai

Assalamualaikum and hye readers.




Resipi mudah : Nasi Ayam Kam Heong rasa macam beli di kedai | Setiap kali pergi makan di restoran Cina Muslim yang Ai tak nak sebutkan namanya, kalau order ala-carte selalunya Ai akan order tiga benda je. Kalau tak Nasi Ayam atau Nasi Goreng Yong Chow, Ai mesti akan order Nasi Goreng Kam Heong. Sedap! Kalau Ai order menu ala-carte selain daripada 3 menu ni, sebab nak ubah angin sekejap. Lepas tu akan berulang order benda yang sama balik. 


Entri kali ni Ai nak kongsikan resipi ayam kam heong rasa seperti makan di restoran. Tapi di restoran tersebut guna dada ayam dan dipotong kecil-kecil. Ai nak makan dengan keluarga sebagai hidangan utama, jadi ayam tu Ai guna pelbagai bahagian dan dipotong biasa sahaja. Rindunya nak makan di restoran tesebut.


https://www.aisyaismail.com/2021/08/resipi-mudah-ayam-kam-heong.html



Bahan-bahan


1. 1/2 ekor ayam 
2. 1 sudu teh serbuk kunyit
3. 1/2 sudu teh garam
4. 1 sudu makan tepung bestari / tepung beras
5. 1 biji bawang holland hiris
6. 4 ulas bawang putih hiris
7. 3 tangkai cili kering potong 3
8. 3 tangkai daun kari 
9. 2 sudu serbuk kari bancuh dengan sedikit air
10. 2 sudu sos tiram
12. 2 sudu sos cili
13. 2 sudu kicap manis
14. 1 tangkai cili merah hiris
15. 2 cawan air
16. Garam secukup rasa


Cara-cara


1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan tepung bestari kemudian goreng sehingga garing.
2. Guna dalam 1 senduk minyak goreng ayam, tumiskan bang holland, bawang putih, cili kering dan daun kari. 
3. Bila dah naik aroma sedap, tumiskan sekali serbuk kari sehingga garing.
4. Masukkan setengah cawan air supaya serbuk kari yang melekat lembut. Masukkan sos tiram, sos cili dan juga kicap manis.
5. Masukkan air lebih serta garam secukupnya. Tak perlu bahan perasa.
6. Masukkan ayam dan cili merah. Gaulkan sehingga ayam disalut penuh dengan kuah. 
7. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau nak lebihkan air supaya berkuah, tambahkan juga kuantiti sos tiram, sos cili dan kicap. Kalau tak kuah akan jadi cair.



aisyaismail

Friday 7 May 2021

MERIAHKAN JUADAH HARI RAYA DENGAN F&N LIFE

May 07, 2021 20
MERIAHKAN JUADAH HARI RAYA DENGAN F&N LIFE

 Assalamualaikum and hye readers.




Hari tu Ai ada kongsikan dengan korang kan Ai ada beli Rose Agar-Agar Bundle melalui aplikasi F&N Life. Lepas dah sampai Rose Agar-Agar Bundle tu, terus terasa nak buat Agar-agar Sirap Selasih F&N. Dah lama tak makan. Selain Agar-agar Sirap Selasih, Ai ada buat juga Sirap Bandung Blanded F&N. Saja nak basahkan tekak dengan air yang Ai tak pernah minum.


https://www.aisyaismail.com/2021/05/meriahkan-juadah-hari-raya-dengan-fn-life.html


Rasa Agar-agar Sirap Selasih ni, sama je macam minum air sirap selasih. Cuma dia kenyal-kenyal. Memang sesuai sangatlah untuk dijadikan juadah moreh dan juadah hari raya. Kalau korang peminat air sirap selasih macam Ai, memang akan suka agar-agar sirap selasih ni. Yang tak pernah cuba pun akan jadi suka. Ecewahhh! 



Resipi Agar-agar Sirap Selasih

Bahan-Bahan

1. 1 paket 8g serbuk agar-agar Nona warna putih

2. 1L air

3. 250g gula (boleh kurang atau lebihkan)

4. 1/2 cawan kordial sirap F&N (boleh kurang atau lebihkan)

5. 3 sudu makan selasih (boleh kurang atau lebihkan)


Cara-Cara

1. Rendam selasih supaya kembang dan tapis untuk buang air rendaman.

2. Campurkan serbuk agar-agar Nona bersama air, gula dan kordial sirap F&N ke dalam periuk.

3. Kacau dan didihkan sehingga larut.

4. Padamkan api dan masukkan selasih. Kacau supaya selasih tidak berketul.

5. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan sehingga agar-agar menjadi pejal.



Resipi Iced Blanded Sirap Bandung F&N

Bahan-bahan

1. 150ml Sirap Ros F&N (boleh kurang atau lebihkan)

2. Susu Krimer Sejat F&N 

3. 450g ais


Cara-Cara

1. Campurkan sirap ros, susu krimer sejat dan ais ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.

2. Tuang ke dalam cawan dan sedia untuk dinikmati.



Pelbagai resipi menarik di aplikasi F&N Life

Semalam masa Ai belek-belek aplikasi F&N Life tu, baru Ai perasan di dalam aplikasi itu terdapat banyak resipi mudah untuk dicuba. Bila dah PKP 3.0 ni, mula lah macam-macam resipi yang Ai nak cuba. Hahaha! Mood pun tengah rajin semalam. Pada yang tak tahu di mana nak cari resipi tu, korang klik je bahagian Inspiration di sebelah bawah aplikasi.


https://www.aisyaismail.com/2021/05/meriahkan-juadah-hari-raya-dengan-fn-life.html


Resipi Iced Blended Sirap Bandung tu pun Ai dapat dari situ. Scroll resipi punya pasal, terus teringin. Kebetulan bahan-bahan pun ada, terus Ai buat. Kalau ikutkan hati ini, macam-macam lagi resipi lagi yang Ai nak cuba. Tapi tak ada bahan-bahan. Lepas ni kalau kerajinan tu sampai lagi, Ai akan cuba satu persatu resipi tu. 


https://www.aisyaismail.com/2021/05/meriahkan-juadah-hari-raya-dengan-fn-life.html


Meriahkan juadah hari raya dengan F&N Life

Senangkan nak meriahkan juadah hari raya korang dengan F&N Life ni. Jadi jangan tunggu-tunggu lagi. Muat turun aplikasi F&N Life melalui Apple Store dan Google Play sekarang dan order keperluan hari raya korang hari ini! Masih sempat lagi ni abang posmen nak hantar.



Pada yang tak dapat nak pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama keluarga tersayang, korang boleh kongsikan kemeriahan dengan mengahantar keperluan barangan raya kepada mereka. Caranya sama sahaja. Muat turun aplikasi F&N Life, order, bayar dan tunggu keluarga di kampung hubungi anda. 





aisyaismail

Thursday 1 April 2021

RESIPI MUDAH : CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG PALING MUDAH DAN SEDAP

April 01, 2021 19
RESIPI MUDAH : CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG PALING MUDAH DAN SEDAP

  Assalamualaikum and hye readers.




Ai memang peminat cendawan. Lebih-lebih lagi dalam tom yam. Sedapnya! Tapi selalu tak letak kalau masak tom yam sebab malas nak pergi beli. Tapi akhir-akhir ni Ai suka pula makan cendawan goreng. Ai pernah kongsikan resipi cendawan goreng sebelum ni menggunakan cendawan cendawan tiram. Entri kali ni Ai nak kongsikan resipi cendawan goreng enoki pula. Mudah dan cepat. Pasti sedap! Kalau tak percaya, cuba lah buat.


https://www.aisyaismail.com/2021/04/resipi-mudah-cendawan-inoki-goreng-tepung.html


Bahan-bahan


1. 3 paket cendawan inoki
2. 1 biji telur
3. Tepung bestari
4. Minyak masak secukupnya


Cara-cara


1. Potong akar cendawan kemudian cuci bersih-bersih. 
2. Carik-carik cendawan ikut besar mana yang korang nak.
3. Bancuh tepung bestari jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
4. Pecahkan telur dan salut pada cendawan. 
5. Salut pula tepung yang sudah dibancuh tadi pada cendawan. Salut nipis je, jangan bagi tepung tebal sangat pada cendawan nanti jadi cekodok sebab cendawan berair dan tak nampak bentuk cendawan.
6. Goreng menggunakan minyak yang panas.
7. Toskan dan sedia untuk dihidang.


P/s : Makan cendawan goreng cicah dengan sos pencicah Chef Wan, fuhhh sedap!




aisyaismail

Sunday 21 February 2021

RESIPI MUDAH : AYAM KOREA PALING MUDAH DENGAN SOS KOREA ADABI

February 21, 2021 26
RESIPI MUDAH : AYAM KOREA PALING MUDAH DENGAN SOS KOREA ADABI

 Assalamualaikum and hye readers.




Ramai tak pembaca blog Ai ni yang minat menu Ayam Korea? Selalunya ayam ni bahagian kepak ataupun peha ayam yang comel-comel. Harga pun boleh tahan. Sekarang korang dah boleh buat sendiri di rumah tau. Senang sangat dengan menggunakan Sos Korea Adabi. Pilih lah bahagiam ayam yang mana pun korang suka. Apa yang penting, lebih menjimatkan daripada beli di luar.

https://www.aisyaismail.com/2021/02/resipi-mudah-ayam-korea-paling-mudah.html


Resipi mudah Ayam Korea paling mudah dengan Sos Korea Adabi


Bahan-bahan

1. 1/2 ekor ayam

2. Sos Korea Adabi

3. 1/2 sudu kunyit

4. 3 sudu tepung beras

5. 1 biji telur

6. Minyak masak 

7. Sedikit bijan


Cara-cara

1. Gaul ayam dengan telur dan garam dan biarkan sebentar.

2. Salut ayam dengan tepung beras dan goreng menggunakan minyak panas. Tepung jangan tebal. Biar nipis-nipis je.

3. Setelah ayam masak, keluarkan dari kuali ke dalam bekas lain. Masukkan sos Korea Adabi dan gaul sehingga sebati. Kalau suka pedas letak lah lebih. Tapi kalau tak suka pedas letak sedikit je. Asalkan merah je dah cukup. Hehehe!

4. Taburkan bijan. Siap untuk dihidang.



P/s : Ai tak gunakan bijan sebab Ai tak suka.





aisyaismail

Sunday 29 November 2020

RESIPI MUDAH : SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

November 29, 2020 17
RESIPI MUDAH : SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN
Assalamualaikum and hye readers.



Hari ini Ai nak kongsikan resipi Kangkung Goreng Belacan. Senang je! Hasil dia sedap sehingga menjilat jari. Nyum nyum!   


Kalau korang jenis yang suka makan Kangkung Goreng Belacan di kedai, apa kata kali ni korang buat je sendiri. Dengan harga sepiring di kedai, korang boleh dapat sepinggan di rumah tau. Kalau tak percaya, cuba lah buat dulu.


RESIPI MUDAH : SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN




Bahan-bahan


1. 1 ikat sayur kangkung
2. 1 biji bawang besar
3. 2 ulas bawang putih
4. 1/2 genggam ikan bilis
5. 1 batang cili merah
6. 1/4 belacan bulat (kalau selain ni pandai-pandai agak)
7. Minyak masak
8. Air
9. Garam


Cara-cara


1. Potong sayur kangkung dan cuci bersih-bersih.
2. Tumbuk lumat bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili merah dan belacan. Nak kisar pun boleh tapi lagi sedap jika tumbuk menggunakan lesung batu.
3. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak.
4. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga naik bau dan masukkan setengah cawan air dan garam sesedap rasa. Kalau nak guna bahan perasa pun boleh. Tapi Ai tak guna. 
5. Masukkan sayur dan kacau-kacau sedikit sampai sayur disaluti bahan tumisan tadi dengan sebati.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Bahan-bahan boleh dilebihkan atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing.




aisyaismail

Sunday 15 November 2020

RESIPI MUDAH : NASI AYAM ROASTED YANG MESTI CUBA!

November 15, 2020 39
RESIPI MUDAH : NASI AYAM ROASTED YANG MESTI CUBA!
Assalamualaikum and hye readers.



Menu kesukaan seorang Aisya Ismail. Asal entri resipi je mesti menu kesukaan. Hahaha! Ai memang malas sangat nak masak benda yang ai tak suka makan. Apatah lagi nak tulis entri dalam blog.


Nasi ayam salah satu menu yang ai suka. Tapi dari dulu ai tahu beli je, buat nya tak reti. Malas nak belajar sebab macam leceh je. Nak masak nasi, masak ayam, sup, cili, kicap. Eh banyak betul nak kena buat. Tapi sekali dah buat, lah... senang je rupanya. Rugi tak belajar awal-awal.


Lepas sekali dah buat dan berjaya, siap orang puji-puji kesedapan nasi ayam ai, terus nak buat lagi. Hahaha! Bukan ai yang cakap tau, orang yang makan yang cakap sedap. Kalau korang baru nak belajar masak menu mudah nasi ayam roasted , korang ikut je step-step kat bawah ni. Mesti jadi. Kalau tak jadi tu mungkin korang ada tersilap kat mana-mana. Resepi ini untuk 5 ke 6 orang makan.


RESIPI MUDAH : NASI AYAM ROASTED YANG MESTI CUBA!


Bahan-bahan Ayam Roasted

1. 1 ekor ayam dipotong ikut keselesaan korang
2. Air untuk merebus. Pastikan air rebusan cukup untuk masak nasi dan sup.
3. 5 ulas bawang putih
4. 2 inci halia 
5. 2 sudu teh garam
6. 3 sudu makan serbuk lada hitam
7. 5 sudu makan sos tiram
8. 1 cawan kicap manis

Cara-cara masak Ayam Roasted

1. Siang dan cuci ayam bersih-bersih.
2. Rebuskan di dalam periuk yang bersesuaian bersama bawang putih, halia dan garam sehingga masak.
3. Apabila dah masak, keluarkan ayam di dalam mangkuk.
4. Campurkan serbuk lada hitam, sos tiram dan kicap manis ke dalam mangkuk yang berisi ayam dan gaul perlahan. Jangan rakus sangat, takut ayam hancur.
5. Ayam yang sudah diperap sekurang-kurangnya 1 jam boleh lah di masak menggunakan air fryer selama 5 ke 10 minit dengan suhu 180 darjah. Tak perlu lama sebab ayam dah masak sewaktu direbus.
6. Ketuk-ketu sedikit ayam yang siap di masak menggunakan anak lesung atau penyekkan menggunakan pisau besar (tak buat pun tak pe).
7. Kicap perapan tadi tapis untuk dimakan bersama nasi.


Bahan-bahan nasi ayam

1. 5 pot beras atau boleh ikut sukatan biasa masak nasi
2. Air rebusan ayam yang cukup
3. 3 ulas bawang putih dihiris
4. 1 biji bawang merah bersaiz sederhana dihiris
5. 2 inci halia dihiris
6. 2 sudu makan mentega
7. 1 sudu teh serbuk kunyit
8. 1 sudu teh garam
9.  3 helai daun pandan disimpul

Cara-cara masak nasi ayam

1. Tumis bawang putih, bawah merah dan halia yang telah dihiris menggunakan mentega. Tak perlu minyak ya.
2. Bila sudah naik bau, masukkan satu senduk air rebusan ayam.
3. Cuci beras bersih-bersih kemudian masukan bahan tumisan tadi bersama serbuk kunyit, daun pandan dan air rebusan ayam mengikut sukatan seperti masak nasi biasa.
4. Masak nasi seperti biasa.


Bahan-bahan sup nasi ayam

1. 2 ulas bawang putih dihiris halus
2. 3 biji bawang merah dihiris halus
3. Air rebusan ayam secukupnya
4. 1 sudu teh gula perang
5. Garam secukupnya

Cara-cara masak sup nasi ayam

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan ayam, gula perang dan garam. Kacau sehingga rata dan tunggu sup mendidih boleh tutup api.


Bahan-bahan sos cili

1. 9 biji cili merah
2. 3-5 biji cili padi
3. 3 sudu makan gula perang
4. 2 sudu makan cuka
5. 1/2 cawan air rebusan ayam
6. Semua halia dan bawang putih di dalam air rebusan ayam

Cara-cara masak sos cili

1. Mesin semua bahan-bahan di atas sehingga lumat.
2. Keluarkan di dalam kuali dan masak di atas dapur. Kacau-kacau sehingga pekat sedikit.


Bahan-bahan sos kicap

Tapis kicap perapan ayam dan boleh terus dimakan.


Siap untuk dihidangkan dan dimakan seisi keluarga. Jangan lupa sertakan salad, timun dan tomato! Selamat mencuba!




aisyaismail

Saturday 29 August 2020

RESIPI MUDAH : TOM YAM AYAM PADU TANPA PES

August 29, 2020 32
RESIPI MUDAH : TOM YAM AYAM PADU TANPA PES
Assalamualaikum and hye readers.



Bila sebut je Tom Yam, terus buat ai kecur liur. Sedapnya! Tambah lagi bila dapat Tom Yam yang masam-masam sikit. Makan pula dengan sayur kailan ikan masin  dan telur bungkus. Sempurna hari ai. Hehehe! Tak kisah lah Tom Yam ayam, daging atau campur sekalipun, semuanya ok. Yang penting rasa Tom Yam tersebut padu dan bahan-bahannya tidak berbau hanyir. Hidangan Tom Yam ini untuk 5 orang dan tidak menggunakan pes.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/resipi-tom-yam-ayam-saat-yang-bahagia-bahagia.html


Bahan-bahan


1. 1/2 ekor Ayam dipotong kecil
2. 1 sudu makan cili kisar (boleh letak lebih kalau nak lagi padu)
3. 2 biji bawang merah ditumbuk
4. 2 biji bawang putih ditumbuk
5. 1 inci halia ditumbuk
6. 1 inci lengkuas ditumbuk
7. 2 batang serai ditumbuk sedikit
8. 4-5 helai daun limau dikoyakkan (buang urat tengah)
9. 1/2 tapak tangan asam jawa
10. Kubis bunga ikut nak banyak mana
11. 1 biji tomato
12. 1/2 batang lobak (boleh letak lebih)
13. Garam
14. Bahan perasa jika nak guna
15. Air secukupnya
16. 9 biji limau kasturi diperah airnya


Cara-cara


1. Bancuh air asam jawa. Kemudian tapis air asam jawa ke dalam periuk. Dalam setengah periuk dah cukup. Nyalakan api dan terus masukkan cili kisar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Tunggu sehingga kuah mendidih.
2. Bila dah mendidih masukkan ayam dan daun limau.
3. Bila dah nampak ayam dah masak, korang boleh tambah air jika kuah berkurangan dan tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan pula kubis bunga, lobak, garam , bahan perasa serta air perahan limau kasturi.
5. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan tomato.
6. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Kalau nak lagi pedas boleh guna cili padi. Dan kalau tak nak ayam boleh tukar dengan daging, seafood, sayur atau apa sahaja yang korang suka.




aisyaismail

Tuesday 11 August 2020

RESIPI MUDAH : SIZZLING RICE BERKORBAN APA SAJA

August 11, 2020 28
RESIPI MUDAH : SIZZLING RICE BERKORBAN APA SAJA
Assalamualaikum and hye readers.



Siapa suka makan sizzling? Ai boleh katakan, ni adalah menu favourite ai kalau pergi ke food court Aeon atau Mid Valley. Tapi sizzling yee mee lah, bukan nasi. Tapi bila nak buat sendiri, susah pula nak cari yee mee. Jadi, ai tukarkan kepada nasi. Akhirnya jadilah Sizzling Rice Berkorban Apa Saja. Tetap sedap! Hahaha! Cara masak dia senang je. Cuma akhirnya korang pilih nak makan dengan yee mee atau nasi sahaja. Resipi ini untuk 5 orang makan.


https://www.aisyaismail.com/2020/08/resipi-mudah-sizzling-rice-berkorban-apa-saja.html


Bahan-bahan


1. Ayam dipotong kecil (ikut kuantiti yang diingini tapi jangan sampai penuh satu kuali)
2. 3 inci halia hiris kasar
3. 7 ulas besar bawang putih
4. 1 sudu teh lada hitam
5. 7 keping cili kering potong 2 atau 3
6. 3 cawan air
7. 5 sudu makan sos tiram
8. 4 sudu makan kicap pekat
9. 4 sudu makan kicap manis
10. 2 sudu teh serbuk lada hitam
11. 1 kiub ayam
12. 4 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air)
13. 1 sudu makan gula
14. Garam secukup rasa
15. Cendawan butang (ikut kuantiti yang diingini)
16. Sayur park choy (ikut kuantiti yang diingini)
17. 5 biji telur
18. Yee Mee / Nasi
19. 1/4 cawan minyak masak


Cara-cara


1. Tumbuk halia dan bawang putih. Lepas tu tumbuk bersama lada hitam. Jangan lumat sangat.
2. Panaskan minyak masak dan tumis halia, bawang putih, lada hitam bersama cili kering.
3. Sebelum bahan tumisan garing, masukkan ayam dan gaul sekali sampai masak sedikit.
4. Masukkan air. Kalau nak kuah lebih boleh tambah ikut sukatan korang. 
5. Bila kuah mendidih sikit, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, kiub pati ayam dan lada hitam. Kacau-kacau supaya kicap-kicap sebati dengan kuah tadi. Tunggu mendidih kali kedua.
6. Kecilkan api dan masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau supaya sebati. Fungsi tepung jagung ni untuk pekatkan kuah sizzling korang. Korang boleh lebihkan atau kurangkan mengikut kepekatan yang korang nak. Tapi jangan banyak sangat, nanti tepung jagung tu ganggu rasa kuah sizzling tu.
7. Masukkan gula dan garam dan kacau sedikit. Jangan guna bahan perasa sebab dah ada kiub pati ayam tadi.
8. Masukkan cendawan dan sayur park choy. Kacau-kacau supaya sebati. Bila dah mendidih boleh tutup api. 
9. Goreng telur mata separuh masak.
10. Siap untuk dihidang.


P/s : Sayur boleh guna sayur apa sahaja yang korang suka.



aisyaismail

Sunday 7 June 2020

RESIPI TELUR BUNGKUS ENGKAU LAKSANA BULAN

June 07, 2020 36
RESIPI TELUR BUNGKUS ENGKAU LAKSANA BULAN
Assalamualaikum and hye readers.



Telur bungkus adalah salah-satu menu yang wajib order bila ai makan di kedai tom yam. Kalau tak ada telur bungkus ni rasa macam tak lengkap lah pula. Siapa yang sama macam ai? Tom yam campur, sayur kailan ikan masin dan telur bungkus. Sempurna menu atas meja. Hahaha!


Sejak pertama kali cuba-cuba dulu, rajin pula ai masak telur bungkus ni. Senang sahaja. Menu telur bungkus engkau laksana bulan ni untuk 5 orang makan. Memang saja ai bungkus satu-satu supaya senang nak ambil sorang satu.




Bahan-bahan

1. 1 - 2 ketul dada ayam dipotong kecil
2. 1 sudu makan cili kisar
3. 1/2 biji bawang besar dihiris halus.
4. 1 biji bawang besar dihiris kasar
5. 2 ulas bawang putih dihiris halus
6. 3 sudu makan sos cili
7. 2 sudu makan sos tiram
8. 2 sudu makan sos tomato
9. Sayur-sayuran potong kecil-kecil
10. Garam
11. Air secukupnya
12. 3 sudu makan minyak masak
13. 5 biji telur ayam

Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris halus bersama cili kisar.
2. Setelah cili garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan dalam 50ml air berserta dada ayam yang telah dipotong kecil. Gaul rata. Fungsi air tu supaya sos tadi tak rentung.
4. Agak-agak ayam dah sebati dengan sos, masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan air setakat kuantiti kuah yang dikehendaki. Macam ai suka kuah lebih, jadi ai letak air lebih. Kacau sampai air dan sos sebati.
5. Masukkan sayur dan garam. Kacau. Agak-agak sayur dah masak boleh matikan api.
6. Goreng telur dadar dan letakkan telur di atas pinggan.
7. Letak bahan-bahan yang dah dimasak tadi di atas telur dan lipat. Kuah letak sikit je dalam telur.
8. Lepas tu susun telur yang dah dibungkus tadi dalam mangkuk.
9. Curah baki kuah ke atas telur yang telah di susun di dalam mangkuk.
10. Siap dan sedia untuk dihidangkan.


P/s : Tips lipat telur kalau nak buat telur bungkus besar terus, lepas goreng telur dadar letakkan di atas pinggan yang boleh makan berkuah tu. Lepas lipat, tutup dengan pinggan atau mangkuk yang korang nak guna untuk hidang dan terlangkupkan. Tadaaaa siap!




aisyaismail

Thursday 23 April 2020

RESIPI BUTTER CHICKEN DI MANA KAN KU CARI GANTI

April 23, 2020 18
RESIPI BUTTER CHICKEN DI MANA KAN KU CARI GANTI
Assalamualaikum and hye readers.



Resipi butter chicken ni daripada BFF ai yang tak jemu bagi ai resipi walaupun kadang-kadang ai tak buat pun. Ai ubah kuantiti sikit-sikit untuk kena dengan selera tekak ai. Kalau korang cuba resipi ni pasti licin. Sedap! Ayam tu selalunya orang guna dada ayam, tapi dalam keluarga ai ramai tak suka makan dada jadi ai campurkan. 



Bahan-bahan

1. 1/2 ayam potong dalam 2 inci (suka hati nak bahagian mana)
2. 1 sudu makan serbuk kunyit
3. Garam secukup rasa
4. Tepung gandum
5. 7 ulas bawang putih dicincang
6. 2 tangkai daun kari
7. 7 biji cili padi potong halus
8. 1 biji bawang holland dihiris
9. 4 sudu makan butter
10. 1/2 tin susu cair
11. Cheese
12. 3 sudu makan gula
13. Sedikit bahan perasa
15. 1/2 cawan air


Cara-cara

1. Gaul ayam dengan kunyit, garam dan tepung. Tepung jangan tebal sangat. Goreng ayam dan toskan.
2. Panaskan butter di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
3. Tuang susu cair dan air. Lepas tu masukkan gula dan bahan perasa.
4. Bila kuah dah cantik, masukkan bawang holland, ayam dan cheese. Gaul sehingga ayam disaluti kuah butter. 
5. Siap untuk dihidang dan dinikmati.


P/s : Cheese tu boleh guna apa sahaja jenis cheese kecuali cream cheese. Kuantiti ikut suka korang. Tapi jangan banyak sangat pula.




aisyaismail